Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Saya cikgu Atika akan membimbing anda semua dalam mempelajari apa itu pemerolehan bahasa yang pertama. Mari kita mulakan dengan penerangan mengenai Apa itu permerolehan bahasa pertama?
Pemerolahan
bahasa pertama (B1) terjadi ketika kanak-kanak belum mula mempelajari sebarang
bentuk bahasa iaitu belajar bahasa untuk kali yang pertama. Jika kanak-kanak
tersebut menguasai satu bahasa, penguasaan kanak-kanak itu disebut sebagai
ekabahasa. Manakala, jika kanak-kanak itu memperolehi dua bahasa yang melalui
proses dua bahasa secara serentak, maka penguasaan kanak-kanak itu disebut
sebagai dwibahasa. Manakala juga, jika bahasa yang diperolehi lebih daripada
dua bahasa secara serentak, maka penguasaan kanak-kanak itu disebut sebagai
ganda bahasa.
Baiklah seterusnya cikgu terangkan
disini mengenai bagaimana terjadinya proses pemerolehan bahasa pertama
tersebut. Seperti yang diketahui, bahawa kanak-kanak yang normal akan
memperolehi bahasa pertama dalam waktu yang agak singkat, iaitu diantara umur
dua hingga enam tahun. Hal ini tetap berlaku walaupun bahasa pertama yang
didengari di sekelilingnya bukanlah berasal daripada bahasa pertama yang
gramatis, iaitu bahasa yang mengandungi kesalahan struktur dan kosa kata.
Menurut tokoh iaitu Chomsky pada tahun (1965), bukan kanak-kanak sahaja yang
memperoleh rangsangan lalu memberikan tindak balas, bahkan sejak lahir lagi,
manusia dilengkapi alat pemerolehan bahasa. Chomsky menamakan alat ini sebagai
LAD atau “Language Acquisition Device”. Chomsky mengatakan bahawa LAD inilah
yang membezakan manusia daripada haiwan, dan merupakan suatu ciri khas dalam
minda manusia yang tidak terdapat pada makhluk lain. LAD juga mampu
memperincikan struktur bahasa. Oleh itu, banyak ciri tatabahasa bahasa pertama
tidak perlu dipelajari secara sedar.
Proses pemerolehan bahasa pertama ini
memperlihatkan banyak perkara yang menakjubkan berlaku di dalam minda kita
sebagai manusia ciptaan Tuhan. Sistem-sistem linguistik-fonologi, sintaksis dan
semantik dikuasai dengan pantas walaupun tiada pengajaran formal. Hampir semua
kanak-kanak akan menguasai sistem-sistem ini walaupun kecerdasan seseorang
kanak-kanak itu hanya mungkin memampukannya memperolehi skor yang bernilai 60
dalam ujian IQ (Wanner & Gleitman 1982:436). Sungguhpun rangsangan bahasa
yang diterima oleh kanak-kanak adalah tidak teratur dan terhad, mereka berupaya
menguasai sistem-sistem linguistik bahasa pertama sebelum menjangkau usia lima
tahun. Fakta-fakta di atas menyebabkan ramai penyelidik membuat kesimpulan
bahawa kanak-kanak telah dilengkapi dengan alat khas untuk memperolehi bahasa
semasa seseorang bayi itu telah lahir ke dunia. Bahawasanya mereka percaya
bahawa proses penguasaan bahasa pertama tidak bermula dari kosong tetapi apa
yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak tersebut hanyalah mengadaptasikan prinsip-prinsip
dan rumus-rumus semula jadi (innate grammar) yang telah ada di dalam minda
mereka dengan ciri-ciri dan sistem-sistem linguistik bahasa ibunda.
Terdapat satu kes yang terdahulunya
telah berlaku dimana seorang kanak-kanak yang bernama Genie wiley yang tidak
mampu berkata bahasa pertama sehingga usianya mencapai 13 tahun pada waktu
tersebut. Hal ini menceritakan, Genie Wiley yang lahir pada
April tahun 1957 adalah seorang kanak-kanak yang diabaikan dan dianiaya dengan
teruk dan ditemui dan telah ditahan oleh pihak berkuasa ketika dia berusia 13
tahun. Melihatkan kepada keadaannya yang sangat tragic dalam tragedy yang telah
berlaku ke atas dirinya dari usia bayi lagi, mereka telah memberikan kesempatan
kepada ahli psikologi, ahli bahasa, dan penyelidik lain untuk mempelajari
perkembangan psikososial, emosional, dan kognitif pada seseorang yang menderita
pengasingan dan kekurangan sosial yang teruk. Khususnya, penemuan Genie
memberi peluang untuk mengkaji apakah seorang anak yang melewati apa yang
disebut "masa kritikal" untuk pemerolehan bahasa dapat belajar
berbicara bahasa pertama.
Disini
cikgu akan menerangkan pula mengenai cara bayi mendapatkan bahasa pertamanya
dan juga cara seseorang kanak-kanak itu mengaplikasikan bahaa pertama. Bayi yang berumur beberapa tahun belum pandai
bercakap tetapi mengeluarkan berbagai-bagai bunyi melalui mulutnya. Dia
menangis, menguku seperti bunyi burung dan banyak lagi bunyi yang sukar
dijelaskan. Walaupun bunyi-bunyi ini bukan bunyi bahasa, penghasilan bunyi ini
membolehkan bayi melatih dan mengawal alat-alat artikulasinya. Bayi dapat
melatih menyelaraskan pernafasannya dengan penghasilan bunyi-bunyian. Bayi yang
pekak juga menghasilkan bunyi yang sama. Tetapi, bayi yang pekak tidak
meneruskan perkembangan bahasanya ke peringkat bebelan, iaitu tahap vokalisasi
selanjutnya yang mirip kepada bahasa.
Vokalisasi melibatkan penggunaan
bunyi-bunyi bahasa, terutamanya suku kata vokal dan konsonan – vokal, seperti
/a/, /u/, /ma/, /gi/, /pa/. Pengulangan bunyi-bunyi ini memberikan bayi kualiti
bunyi serupa bahasa, contohnya: ‘mama’, ‘gigi’, ‘papa’, terutamanya apabila
bunyi-bunyi ini melibatkan pola-pola intonasi dalam bahasanya. Sewaktu vokalisasi
ini berterusan, bunyi bayi lebih mendekati bunyi-bunyi bahasa yang didedahkan
kepadanya. Maka, tidak hairanlah bayi terlebih dahulu memperoleh pola intonasi
bahasanya sebelum dapat menghasilkan sesuatu kata. Lagipun, ketika kita mula
mendengar bahasa yang baru untuk kali yang pertama, kita berkecenderungan
mendengar pola rentak, nada, dan tekanannya.
Kesimpulannya, pemerolehan bahasa pertama
kanak-kanak adalah melibatkan kognitif dan pendedahan bahasa. Kognitif
melengkapkan kebolehan kanak-kanak mentafsirkan bunyi dan makna, manakala
pendedahan bahasa yang cukup akan merangsang keyakinan kanak-kanak tersebut
untuk berinteraksi dengan orang-orang di sekelilingnya. Hal ini kerana
kanak-kanak yang didedahkan dengan bahasa ibundanya akan dapat memperoleh
bahasa pertamanya melalui pengalaman dan pengajaran daripada ibu bapa dan masyarakat
disekitarnya.
Asmah Haji Omar (1981). “Bahasa dan Pendidikan Kanak-kanak”
dalam Di sekitar Persoalan Bahasa Melayu 1957-1972, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Gaya Dewan (2005).Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Norul
Haida Bt Hj. Redzuan (2013) “Ilmu Psikolinguistik” Perak: Emeritus Publication
Hipotesis Nurani dan Pemerolehan Bahasa Pertama Jurnal Akademika 1990
https://ejournals.ukm.my/akademika/article/viewFile/3611/2105
Henna Lemetyinen 2012 Language Acquisition Language Theory : Simply Psychology
No comments:
Post a Comment