Pada kali ini cikgu akan menerangkan mengenai apa itu
kecelaruan bahasa pada kanak-kanak. Kelewatan atau kecelaruan penghasilan bahasa
bermaksud kanak-kanak mempunyai masalah untuk menyampaikan mesej melalui
pertuturan, tulisan, bahasa isyarat atau gerak tubuh. Mungkin ada sesetengah
kanak-kanak yang agak lambat bercakap berbanding kanak-kanak sebaya sebelum
umur 3 tahun tetapi berkembang dengan baik selepas itu. Mereka ini dikenali
sebagai “late talker”. Tetapi ada kanak-kanak yang berterusan mempunyai masalah
untuk menyampaikan mesej secara verbal akan di diagnosis untuk mengetahui
samaada mempunyai masalah kelewatan atau kecelaruan bahasa penghasilan atau
lain-lain masalah. Kanak-kanak
dengan masalah penghasilan bahasa mempunyai kesukaran dengan aspek tatabahasa
seperti menggunakan perkataan yang salah didalam ayat dan sukar untuk
menyambung perkataan untuk membentuk frasa atau ayat yang panjang. Mereka
lazimnya menghasilkan ayat yang pendek berbanding kanak-kanak sebaya dan
bilangan kosa kata mereka juga lebih sedikit.
Tahukah anda kanak-kanak dengan masalah penghasilan
bahasa biasanya mempunyai keupayaan yang lebih rendah dalam aspek yang
dinyatakan dibawah iaitu:
A. Menyambungkan perkataan dan ayat untuk menyampaikan mesej
B. Mencari dan menggunakan perkataan yang sesuai dalam ayat
C. Menggunakan bahasa yang bersesuaian mengikut situasi dan orang yang berbeza (contoh: di sekolah, di rumah, bersama guru atau ibu bapa)
Contoh yang lebih mudah ialah:
Kanak-kanak 3 tahun yang bertutur menggunakan perkataan tunggal sahaja Kanak-kanak
6 tahun yang masih belum pandai menyambungkan ayat dengan menggunakan perkataan
seperti “dan, tapi, kalau, sebab” dan sebagainya.
Simptom kanak-kanak dengan masalah penghasilan bahasa spesifik mungkin berbeza dari satu kanak-kanak kepada kanak-kanak yang lain. Ianya juga bergantung kepada umur kanak-kanak dan juga tahap keburukan masalah itu. Simptom biasa yang ditunjukkan adalah seperti:
Kesalahan pada struktur ayat seperti menggunakan perkataan yang salah (adik minum nasi) dan membuat ayat yang tidak lengkap (kucing ikan untuk kucing makan ikan)
1. Menggunakan perkataan dan ayat yang kurang berbanding kanak-kanak sebaya
2. Menggunakan ayat yang lebih pendek dan ringkas berbanding kanak-kanak sebaya
3. Mempunyai kosa kata yang lebih asas dan sedikit berbanding kanak-kanak sebaya
4. Sukar untuk mencari perkataan yang sesuai untuk digunakan
5. Menggunakan perkataan yang tidak spesifik seperti “ni”, “tu”
6. Bergantung kepada frasa yang standard dan kekurangan isi di dalam ayat
7. Mengulang semula apa yang di dengar atau ditutur oleh rakan berbual. Bercakap secara berulang-ulang dan berpusing-pusing tetapi tidak mencapai kesimpulan
Cikgu
akan menerangkan mengenai satu masalah yang tergolong dalam kecelaruan bahasa
iaitu disleksia. Adakah anda semua tahu apa itu disleksia? Mari cikgu bantu
anda semua untuk memahami lebih lanjut maksud disleksia.
Disleksia berasal daripada gabungan
perkataan Greek dys yang bermaksud “kesukaran” lexis yang bermaksud “bahasa”
secara literalnya, disleksia bermaksud “kesukaran dalam berbahasa” Kanak-kanak
disleksia hanya mengalami gangguan dalam pembelajaran ketika peringkat
kanak-kanak dan bukanlah sejenis penyakit. Kebiasaannya kanak-kanak disleksia
mengalami gangguan membaca, menulis, mengeja, dan mengira walaupun mereka
mempunyai pemikiran yang normal. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia ialah murid
yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa
tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja,
membaca, dan menulis.
Seterusnya, mari kita pelajari
jenis-jenis disleksia dan mengetahui ciri-ciri individu yang mempunyai masalah
disleksia. Disini kita akan membincangkan dua jenis disleksia bersama ciri-cirinya.
1. Disgrafia
Disgrafia ialah
kesukaran menyatakan apa yang ada dalam pemikiran ke dalam bentuk tulisan dan
graf, yang merujuk kepada tulisan yang buruk. Ini menyebabkan pelajar
menghadapi masalah penulisan kerana tidak boleh menterjemah pemaham,an bhasa ke
dalam sistem simbol. Punca disgrafia adalah berpunca daripada demam panas, dan
kelahiran pramatang.
Ciri-ciri individu
Disgrafia:
a.
Tidak konsisten dalam
pembentukan tulisan
b.
Penggunaan huruf besar
dan huruf kecil masih bercampur
c.
Ukuran dan bentuk huruf
yang tidak sama
d.
Memegang alat tulis
terlalu dekat dengan kertas dan menekan pada kertas
e.
Bercakap-cakap semasa
menulis
f.
Agak sukar menulis
walaupun hanya menyalin
g.
Menulis secara terbalik
(p,q,b,d)
h.
Masalah menyusun,
mengatur dan memproses maklumat
i.
Ejaan salah
(tutup-tutub, sabtu-saptu)
2. Disleksia Visual
Merujuk kepada individu
yang dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membeuat perbezaan,
interpretasi atau mengingati perkataan yang dilihat. Tahap terjejasnya bacaan
terganggu pada masalah yang dihadapi.
Ciri-ciri individu
Disleksia Visual:
a.
Kepayahan diskriminasi
visual iaitu kekeliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama
(bas-pas,jam-jem)
b.
Kadar pengamatan yang
lambat
c.
Cenderung menggunakan
suku kata terbvalik (batu-tuba)
d. Mutu tulisan yang rendah kerana meninggalkan banyak butiran penting pada benda-benda biasa.
Baiklah
kita memasuki topik dimana terdapat faktor yang mempengaruhinya antaranya:
Untuk kebanyakan kanak-kanak, faktor masalah kecelaruan bahasa penghasilan adalah tidak diketahui. Kanak-kanak dengan masalah perkembangan bahasa sahaja di diagnosis dengan kecelaruan bahasa spesifik. Selain itu, masalah penghasilan bahasa ini berkaitan dengan masalah-masalah yang lain seperti sindrom down, autism, masalah pendengaran dan sebagainya. Kanak-kanak dengan masalah ini biasanya mempunyai masalah dengan bahasa kefahaman (sukar memahami bahasa). Masalah kecelaruan bahasa penghasilan ini boleh terjadi semenjak dari lahir atau diperolehi yang disebabkan oleh trauma atau kecederaan. Ada juga sesetengah kes, masalah kecelaruan bahasa ini adalah berkaitan dengan faktor genetik (lebih dari seorang ahli keluarga yang berbeza generasi).
Hal yang berlaku boleh
diselsesaikan melalui Diagnosis:
Jika terdapat masalah-masalah
seperti yang disenaraikan, bawalah anak anda berjumpa Speech Therapist
berhampiran untuk penilaian dan diagnosis. Ianya penting untuk terapi dan
rawatan yang seterusnya. Lebih awal diagnosis adalah lebih baik kerana usia
muda adalah usia kritikal kanak-kanak untuk mempelajari bahasa.
Aishah Kasim (2015) Kenali simptom kelewatan dan kecelaruan bahasa penghasilan
https://aishahkassim.com/2015/02/12/kenali-simptom-kelewatankecelaruan-bahasa-penghasilan/
My Positive Parenting (2018) Masalah Pertuturan Dan Bahasa
https://mypositiveparenting.org/ms/2018/09/17/masalah-pertuturan-dan-bahasa/
Abdollah Salleh (2020) Diagnosis Celaru Bahasa
https://drdollah.com/penjagaan-pesakit-2/merumuskan-diagnosis/
Azizi Yahaya (2007) Psikologi abnormal : Kajian Psikologi,
http://eprints.utm.my/id/eprint/30030/1/AziziYahaya2007_PsikologiAbnormal.pdf
Persatuan Dyslexia Malaysia (2021) Apa itu Disleksia
http://www.dyslexiamalaysia.org/dyslexia/apa-itu-dyslexia
Aku Seorang disleksia (2013) wordpress Jenis-jenis disleksia
https://akuseorangdisleksia.wordpress.com/jenis-jenis-disleksia/